Tentang

Mark & Spencer, Amsterdam, Belanda.
Aku ini anak jati Kuala Lumpur. Sebelah ibunya, jalur keturunan dari Negeri Sembilan. Manakala sebelah ayah  (dipercayai) datangnya dari bangsa Cina, Baba dan Nyonya, Melaka. Nama aku Fahmi Shah, 25, suami orang.  Hanya seorang lagi manusia seperti kamu. Mengejar tujuan hidup.

Blog ini sekadar sebuah perkongsian pengalaman hidup dan dari cebisan-cebisan nota ringkas yang sempat dicatat. Sekurang-kurangnya ada bekalan bagi pembaca dan penulis.

Janji Allah, hanya tiga amalan yang mendapat ganjaran berterusan semasa hidup dan selepas kematian. Dan salah satu daripadanya ialah ilmu yang bermanfaat. Semoga blog bermanfaat buat pembaca yang masih hidup. Dan semoga menjadi buah lazat apabila penulis berehat nanti. (Amiin)

Mohammad Fahmi bin Mohd Shah bin Abdur Rahman bin Abdul Majid.
Islam sampai mati.

Popular posts from this blog

Bismillah